Sebarkan pada rakan-rakan | Dapatkan code widget banner ini

rss
email
twitter
facebook

Sunday, May 30, 2010

Muktamar Pas Pusat Kali Ke-56

Muktamar ke-56 saksikan kelainan
Ditulis oleh Harakah Print
THURSDAY, 27 Mei 2010 03:41

PENGKALAN CHEPA, 27 Mei - Sehingga kini lebih 50 peratus persiapan bahagian dalam dan luar Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) selesai menjelang Muktamar Tahunan PAS Pusat yang akan berlangsung dari 9 hingga 13 Jun ini.



Muktamar Tahunan PAS ke-56 tahun ini kembali diadakan di Putik selepas diadakan di Shah Alam tahun lepas dan di Ipoh tahun sebelumnya. Pengarah Muktamar, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, Kelantan telah bersiap sedia menerima tetamu, perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara yang akan berkampung di Kelantan selama lima hari.


"Bagaimanapun muktamar tahun ini ada sedikit perubahan apabila majlis perasmian muktamar Dewan Ulama, Muslimat dan Pemuda diadakan serentak pada 9 Jun kira-kira jam 9 malam bertempat di Putik,


"Manakala keesokkan harinya ketiga-tiga dewan akan melangsungkan muktamar di tiga tempat berasingan iaitu Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama PAS Kelantan (Madu) Machang, Dewan Pemuda di Kelantan Trade Centre (KTC) dan Dewan Muslimat di Dewan Duyung, Perdana Resort," kataanya semasa ditemui ketika meninjau persiapan muktamar di Putik, Selasa lalu.


Takiyuddin yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS berkata, pada pagi 11 Jun perasmian muktamar akan diadakan di Dewan Putik disempurnakan Prseiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Manakala pada sebelah petang hari yang sama, muktamar penuh akan diadakan. Muktamar dijadualkan berakhir tengahari 13 Jun.

Bersama Kepimpinan Ulama'....

Saturday, May 15, 2010

Muktamar Dewan Ulama' Negeri Selangor

InsyaAllah, esok akan berlansung Muktamar Dewan Ulama' Negeri Selangor di Muzium Shah Alam kali ke 22.

Kami baru siap memberikan sentuhan terakhir untuk persiapan muktamar esok.

Moga muktamar dapat berlansung dengan jayanya.

Yang penting, aku dapat bagi sumbangan biar sikit pun.

Bersama kepimpinan ulama' dalam memperkasa jemaah Islam.

Monday, April 26, 2010

Jangan Teruja Dengan Ramainya Pengikut

1. Sejarah Harakah Islam (Ikhwan Al-Muslimin) tidak berapa lama dahulu telah dapat melihat pertambahan bilangan anggota tanpa mutu yang telah menyukar dan melalaikan harakah.

2. Ini memaksa da’i hari ini untuk mengambil pengajaran. Perkembangan yang seimbang adalah pesanan untuk hari esok.

3. Kita katakanan, ia adalah pesanan untuk hari esok kerana kita dapati ramai orang telah melupakannya. Padahal itulah wasiat lama dari Imam Hassan al-Banna rahimahulLah yang ditegaskan sejak tahun 1938 di dalam Muktamar (Ikhwan) Ke-5. Ketika menjelaskan pelbagai jenis manusia ketika berdepan dengan kerja. Khayalan langsung tidak menyumbang apa-apa kerana ia hanyalah gambaran sahaja dalam memikul bebanan jihad.

4. Hassan al-Banna telah berkata:

“Jadi saya mahu berterus-terang betul-betul dengan kamu kerana tiada guna lagi saya berselindung.

- Medan bercakap tidak sama dengan medan berkhayal.

- Medan beramal tidak sama dengan medan bercakap.

- Medan berjihad tidak sama dengan medan beramal.

- Medan berjihad sebenar tidak sama dengan medan berjihad yang silap.


5. Ramai yang mudah berkhayal namun tidak semua apa yang terbayang di kepala mampu diungkapkan dengan kata-kata.


6. Ramai yang mampu bercakap namun hanya segelintir daripadanya yang mampu bertahan ketika beramal.


7. Ramai di kalangan segelintir ini yang mampu beramal namun hanya segelintir sahaja di kalangan mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan amal yang nekad.


8. Para mujahid yang kecil jumlahnya ini mungkin akan tersilap jalan dan tidak menepati sasaran jika tidak kerana mereka dipelihara oleh Allah. Kisah Talut menjelaskan apa yang saya katakan ini.


9. Oleh itu, siapkanlah diri kamu, pupuklah jiwa kamu dengan tarbiyah yang betul, latihan yang ketat dan ujilah diri kamu beramal dengan kerja-kerja yang keras, tidak disukai dan menyukarkan. Kekanglah dari segala kehendak dan adat kebiasaan yang biasa dilakukan oleh jiwa.” (243 Al-Muktamar Al-Khamis, al-Majmu’ah, m.s. 258)


10. Fiqh itu dipusakai oleh Syed Qutb rahimahulLah. Ini menyebabkan beliau gelisah menjelang hari kematiannya apabila melihat keadaan Sudan yang dilanda dengan demonstrasi umat Islam yang merebak dan meluas memenuhi jalan-jalan raya. Beliau pun memberi wasiat kepada para da’i dari Sudan yang melawatnya. Beliau berkata kepada mereka:


“Janganlah sambutan orang ramai itu menyibukkan kamu dari menyusun barisan dalaman dan menyediakan para pejuang yang mampu menghadapi segala kesukaran dan akan dapat bertahan lama.” (244 Syed Qutb, Kitab al-Syahid, m.s. 91)


11. Sebenarnya kepentingan pemantapan barisan dalaman bukan hanya kerana untuk memudahkan penyusunan dan memudahkan penggunaan tenaga secara selaras, tetapi, kewujudan “masyarakat tarbawi” ini akan mampu menjadi nursery kepada pentarbiahan ‘anak-anak baru’. Ia akan mampu memperlihatkan bentuk-bentuk Islam dan mendinding mereka dari melihat pemandangan jahiliyyah orang-orang jahil dan menghalang dari mendengar jahiliah dan sekaligus menjauhkan ‘anak-anak baru’ dari kesan dan pengaruh tarbiyyah yang bukan Islam.


Rujuk : Al-Muntalaq – Muhammad Ahmad Ar-Rasyid m.s.159


Al Fadhil Ustaz Hazmi Dibok

Dipetik dari blog Us.Nasarudin Hasan Tantawi.

Sedih, kecewa, pasrah....

Din, Bah! PKR kalah..Dato' Zaid kalah.

Hj Kamal menang besar.

Kami yang tidur kerana kepenatan mengembara sambil ngepeng terjaga apabila diberitakan tentang keputusan PRK.

Keputusan itu tidaklah memeranjatkan saya dan kawan2. Kami memerhatikan dengan mata kepala sendiri gerak kerja jemtera sepanjang berlansungnya pilihanraya kecil.

Sokongan yang diberikan terutamanya oleh jentera PAS dan DAP kepada PKR amatlah banyak. Cuma beberapa faktor kekalahan yang tidak perlu disebutkan di sini menjadi bualan ramai orang.

Apa yang penting bagi para pejuang adalah sentiasa istiqamah dalam perjuangan. Menang dan kalah adalah lumrah. Sama ada menang atau kalah, adat mujahid mesti sentiasa mara ke hadapan.

Kerana Allah tidak melihat menang atau kalah itu akan tetapi Allah melihat usaha perjuanagan itu.

Akan tetapi, kami bersyukur kerana sepanjang PRK ini banyak perkara baru yang kami pelajari.

Hidup adalah pelajaran.....

Posting kali ini kerana dah lama tidak menggaru. Moga2 dapat diteruskan...

Islam memang tak akan pernah perlukan aku.

Ya Allah, jadikan aku hambaMu yang 25jam istiqamah memerlukanMu.......Ameen