Sebarkan pada rakan-rakan | Dapatkan code widget banner ini

rss
email
twitter
facebook

Wednesday, April 15, 2009

Musabaqah Al-Quran di Kelantan.....siri 3

Malam perasmian tu kami memang tertunggu2. Sebabnya Tok Guru Nik Aziz akan berucap mersmikan musabaqah.

Bila majlis bermula, kami diberitahu yg Tok Guru x dpt datang. YB Nik Amar yg gantikan beliau.

Mula2 bacaan aL-Quran oleh seoran budak. Xkenal pun. Tapi, bila habis mc memperkenalkan budak tu. Rupa-rupanya, budak tu anak YB Nasharudin Daud...speaker Dewan Negeri Kelantan.

Kemudian. persembahan nasyid oleh kumpulan AreBuddy. Salah seorang ahlinya adalah sahabat saya, Hairudin....(bangga aku)kawan aku wat persembahan.




Ucapan pertama aluan dari KP JAKIM. Tenang dan lancar.



Kemudian ucapan oleh YB Nik Amar. Tapi kami terlupa amik gambar. Beliau membaca teks ucapan Tok Guru, mantap betul. Nasib baik bukan Tok Guru yg berucap kalau x lagi panas Balai Islam malam tu.

Akhir sekali, persembahan oleh Kumpulan nasyid In-Team. Pergh, muslimat memang minat diorang ni. Tapi persembahan diorang mmg kelas. Suara mmg tinggi. Cuma x rekod je. Teringatkan zaman muda2 terlibat dalam bidang nasyid ni.Saya biasa2 je.



Malam tu kami balik Abg Zul ajak makan kat kedai makan. Diabawak kitorang kat kedai yg famous jgak la kat kawasan tu. Pak cik driver pun selalu makan kat situ. Masing2 mintak macam2. Saya bila sampai saya nampak menu....KARI GEAR BOX!!!!!!!
Tertitik air liur.
X tunggu lama, saya mintak terus. Kakak yg amik order tu cadangkan satu menu, COTEK' !!!!...Ape tu?
Saya kata ikut la, boleh blake.
Tunggu beberapa minit, GEAR BOX sampai. Pergh, memang dahsyat. Abil x tunggu lama dah, dia pulak lebih pada tauke. Laju je, tangan dah pegang pisau dan terus potong. Saya xkan nak tunggu jugak, aku pun layan terus.
Yang meja satu lagi tengok kami sambil menelan air liur agaknya.
Kesian pulak, ceh!! xpela, bagi la diorang sikit..

Tapi yang diorang ni lagi dahsyat, lebih pada Abil lagi. Semua diprang sapu. Xpela, makan ramai2 ni lagi berkat.

Habis makan kami pun bayar. Saya hanya kena RM17 lebih, murah betul (kalau kat KL ni dah RM4O ke atas).

Aku dah kenyang. X sabar nak tidur je lagi.Aku cuma nampak Panji je.

Musabaqah Al-Quran di Kelantan.....siri 2

Sampai di kelantan kami menginap di MTQN, Panji.

Kami disambut oleh mudir, u.Najmudin dan seorang staf, U.Ridhuan.

Kami jaga disambut oleh bekas pelajar di situ, Zulkifli.

Malam tu selepas makan, kami solat jamak. Selapas itu, saya mengumpulkan ahli rombomgan berliqa'. Ada beberapa perkara yang saya sampaikan dan peringatkan kpd mereka.Abg Zul juga memberikan beberapa nasihat.Tiba2, selepas liqa', Hashim menimbulkan persoalan....adakah solat jamak boleh dilaksanakan selepas tiba di destinasi? Masing2 diam membisu.

Hashim merujuk tok2 guru pondok.....
Wan Mad merujuk naqibnya, Hadi Jusoh.....
Fakhrul bertanya dgn ustaznya di Kedah...?

Mana satu nak ikut ni ?

Selepas beberapa lama, jawapannya kami kena qadha Maghrib dan tamam Isya' sahaje. Waktu tu Ya Allah, malasnya bukan main. Tapi kewajipan tetap kena ditunaikan.

Malam tu, saya berborak ngan Abg Zul. Kami bernorak sgt lama. Dia bertanyakan mengenai perkemat, politik Malaysia, Bukit Gantang dan macam2 lagi. Pukul 2.30 baru timbul bibit2 bintang. Abg Zul mintak diri n saya pun terlelap.

Subuh esoknya, kami solat di bilik penginapan. Kemudian sambung semula, penat sgt ni agaknya.

Pukul 7.30 pg kami makan di dewan bawah. U.Najmudin berjumpa dgn saya dan bagitahu van dah sampai. Rupa-rupanya diorang sewakan van utk kami ke Balai Islam.

Selepas makan, kami diberitahu program tidak bermula pagi. Hanya cabutan undi n giliran bagi para peserta. Jadi, kami x perlu pergi. Selepas tahu berita tersebut, ahli rombongan saya terus fikir nak ke tempat lain. Ada yg nak ke kb mall. kota bharu. rantau panjang dan sebagainya.

Saya buat keputusan, kami akan ke kota bharu termasuk muslimat.

Kami bertolak dahulu dan muslimat terpaksa menunggu trip kedua.

Bersambung......

Tuesday, April 14, 2009

Musabaqah Al-Quran di Kelantan.....siri 1

Hari Ahad, 05 April 2009

Selesai saja program INTERFAME persijilan, saya kena bergegas kemas barang utk bertolak ke Kelantan. Pukul 12 bas yang DQ sewa dan sampai. Sedikit birokrasi menyebabkan bas terpaksa bertolak pukul 12.45 tghari.

Kami melalui jalan Bukit Fraser. Masya Allah, jalan tu memang macam ular. Baru beberapa minit...

Guru pengiring kami, U.Zubaidah mula rasa nak muntah.

Hasyim yang duduk depan ustazah ter"psiko" jugak...habis Hasyim pun nak termuntah, lebih dahsyat dari Ustazah.

Muslimat yang duduk di belakang lagi ramai yg termuntah, mulalah mintak plastik. Fakrul dok sibuk mencarikan plastik utk diorang.

Saya bantu sekadarnya je la.....

Sampai di Raub, kami berhenti di Petrunas, ada yang beli makanan, ke tandas, dll.

Lama jugak diorang ni, muntah banyak sangat kot.....

Perjalanan diteruskan dan kami berhenti di Bentoh (lebih kurang camtu la nama tempat tu). Kami berhenti minum dan saya mencuba abc di situ (tersenyum)..abc tu lah yg menjadi kenangan saya. Rupanya saya terlupa bayar. (tp balik dari kelantan kami berhenti di situ dan saya tetap melunaskan bayaran abc tu )

TIBA DI KELANTAN.........