Sebarkan pada rakan-rakan | Dapatkan code widget banner ini

rss
email
twitter
facebook

Wednesday, April 15, 2009

Musabaqah Al-Quran di Kelantan.....siri 2

Sampai di kelantan kami menginap di MTQN, Panji.

Kami disambut oleh mudir, u.Najmudin dan seorang staf, U.Ridhuan.

Kami jaga disambut oleh bekas pelajar di situ, Zulkifli.

Malam tu selepas makan, kami solat jamak. Selapas itu, saya mengumpulkan ahli rombomgan berliqa'. Ada beberapa perkara yang saya sampaikan dan peringatkan kpd mereka.Abg Zul juga memberikan beberapa nasihat.Tiba2, selepas liqa', Hashim menimbulkan persoalan....adakah solat jamak boleh dilaksanakan selepas tiba di destinasi? Masing2 diam membisu.

Hashim merujuk tok2 guru pondok.....
Wan Mad merujuk naqibnya, Hadi Jusoh.....
Fakhrul bertanya dgn ustaznya di Kedah...?

Mana satu nak ikut ni ?

Selepas beberapa lama, jawapannya kami kena qadha Maghrib dan tamam Isya' sahaje. Waktu tu Ya Allah, malasnya bukan main. Tapi kewajipan tetap kena ditunaikan.

Malam tu, saya berborak ngan Abg Zul. Kami bernorak sgt lama. Dia bertanyakan mengenai perkemat, politik Malaysia, Bukit Gantang dan macam2 lagi. Pukul 2.30 baru timbul bibit2 bintang. Abg Zul mintak diri n saya pun terlelap.

Subuh esoknya, kami solat di bilik penginapan. Kemudian sambung semula, penat sgt ni agaknya.

Pukul 7.30 pg kami makan di dewan bawah. U.Najmudin berjumpa dgn saya dan bagitahu van dah sampai. Rupa-rupanya diorang sewakan van utk kami ke Balai Islam.

Selepas makan, kami diberitahu program tidak bermula pagi. Hanya cabutan undi n giliran bagi para peserta. Jadi, kami x perlu pergi. Selepas tahu berita tersebut, ahli rombongan saya terus fikir nak ke tempat lain. Ada yg nak ke kb mall. kota bharu. rantau panjang dan sebagainya.

Saya buat keputusan, kami akan ke kota bharu termasuk muslimat.

Kami bertolak dahulu dan muslimat terpaksa menunggu trip kedua.

Bersambung......

No comments: