Sebarkan pada rakan-rakan | Dapatkan code widget banner ini

rss
email
twitter
facebook

Friday, April 15, 2011

Muktamar Ikhwan Muslimin Shoubra


Alhamdulillah, buat pertama kalinya saya berpeluang melihat dari dekat program muktamar Jamaah Ikhwan di Shoubra.

Muktamar Ikhwan Shoubra bukan seperti muktamar PAS di Malaysia. Program malam itu berbentuk ijtima atau daurah. Ia adalah proses penerangan pimpinan Ikhwan kepada ahli dan masyarakat tentang pergerakan dan perancangan Ikhwan menangani pilihanraya Mesir selepas peristiwa sejarah Revolusi 25 Januari.

Ramai pimpinan tinggi Maktab Irsyad dan Ikhwan Kaherah turun ke muktamat tersebut. Antaranya adalah Naib Mursyidul Am Ikhwan yang baru dilepaskan daripada penjara.

Antara isu penting yang dibentangkan oleh pimpinan Ikhwan pada muktamar tersebut adalah berkaitan perlembagaan baru Mesir.

Parti kebebasan dan keadilan ( ألحرية والعدالة ) yang akan menjadi sayap kanan Ikhwan.

Jumlah kerusi parlimen dan jawatan presiden yang bakal Ikhwan bertanding dan

Siaran televisyen Ikhwan akan sudah diluluskan dan akan dilancarkan dalam 2 minggu lagi.

Hubungan Ikhwan dengan jamaah -jamaah lain seperti salafi, sufi, tabligh, syiah dan sebagainya.

Dan pelbagai lagi isi yang saya tidak memahami maksudnya.

Soalan yang ditulis melalui kertas juga begitu banyak.

Soalan spontan juga pelbagai. ( ikut suka je nak tanya masa orang tengah bercakap)


Sabda Nabi S.AW : ( Hendaklah kamu melazimi Jamaah Muslimin dan pimpinannya )

Jamaah Ikhwan sudah menempuh pelbagai rintangan dan mehnah untuk terus berlayar di medan dakwah dan tarbiah demi cita-cita tertinggi umat Islam yang sudah lama terkubur.

Khilafah Islamiyah.

Membantu amal jamaie dan ijtimaie adalah menmbantu Islam ( Amal Islami )


"Aku adalah panah daripada panah-panah Islam, luncurkan aku di mana sahaja musuh berada".